2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring prestasi di pasaran tunai pendasar di tengah-tengah sentimen berhati-hati yang berterusan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sunway Malls memperkukuh agenda kelestariannya dengan memperkenalkan pencerna makanan pertama di Malaysia serta pencapaian pensijilan antarabangsa SIRIM, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap nilai pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sebanyak tujuh Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) telah diselesaikan sepenuhnya manakala lima lagi dijangka dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 12 PED yang telah selesai — kemas kini terbaharu mengenai kad skor Malaysia.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang sederhana dalam beberapa saham wajaran tinggi indeks utama.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- IOI Corporation Bhd merangkul anugerah ‘Best of the Best’ (Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik) pada Anugerah ESG The Edge Malaysia 2025 yang diadakan pada 1 Oktober lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berjaya menerbitkan sukuk hijau pertamanya, sebagai usaha untuk mengukuhkan pelaburan dalam pembangunan pelabuhan yang lebih mampan
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat pertengahan (MTC) diseru untuk melabur dalam modal insan selain tumpuan kepada mesin atau teknologi bagi mengukuhkan daya saing global mereka, kata Presiden Kehormat Konsortium Syarikat-Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) Callum Chen.
2bulan ago
TASEK GELUGOR, 19 Okt (Bernama) -- Ekspo PERDA (EXPERT) 2025 yang diadakan di Midtown Perda Kubang Menerong di sini sejak Khamis lepas berjaya melepasi sasaran RM2 juta nilai jualan dan kontrak selain menarik kehadiran lebih 75,000 pengunjung.