24hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok.
24hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan global dijangka mencatat rekod baharu dengan keuntungan bersih terkumpul berjumlah US$41 bilion (US$1=RM4.11) pada 2026, meningkat daripada US$39.5 bilion tahun ini manakala margin keuntungan bersihnya diunjur tidak berubah pada 3.9 peratus.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis Bernama) -- Malaysia perlu belajar untuk menyelaraskan usaha keselamatan siber merentas sempadan kerana serangan siber sering berpunca dari luar negara, kata Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Fortinet APAC, Rashish Pandey.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengadakan lawatan rasmi ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 8 Dis, 2025, bertujuan untuk mengeratkan serta memperkukuh hubungan baik antara kementerian itu dan pihak media.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia memperlihatkan prestasi kukuh tahun ini, dengan jumlah penyenaraian dijangka mencecah 60 syarikat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri hari ini menerima kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) hidrogen Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menandakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon serta pertumbuhan ekonomi bagi masa depan lebih mapan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah hari ini, seiring sentimen serantau yang suram selain kelemahan Wall Street.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Peningkatan pembayaran dividen serta penambahbaikan pulangan ke atas ekuiti (ROE) dijangka menjadi pemacu utama sektor perbankan menjelang 2026, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong oleh sentimen positif berikutan kekukuhan ringgit meskipun prestasi Wall Street adalah suram.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia terus mengekalkan momentum kukuh pada 2025, dipacu oleh kemajuan pesat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta ledakan pelaburan pusat data, di tengah persaingan strategik yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini dan dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil seiring dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memulakan mesyuarat dua harinya bermula hari ini.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).