Terdapat 1166 berita berdasarkan kata kunci carian " penutup"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan MPOB Anggar Pengeluaran Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu dipacu oleh pengeluaran minyak sawit Malaysia yang dianggarkan lebih rendah oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Mengukuh, Kembali Cecah Paras 4.12 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika jangkaan terhadap penurunan kadar faedah AS pada Disember semakin ketara, sekali gus mengasak tekanan terhadap mata wang negara maju berkenaan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Permintaan Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi kebimbangan terhadap permintaan yang lemah serta unjuran pengeluaran yang dijangka meningkat dalam minggu-minggu terdekat.

Ringgit Terus Naik Berbanding Dolar AS Susulan Isyarat Diplomasi Fed

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit terus menunjukkan prestasi menggalakkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, apabila dolar AS menyusut susulan kenyataan berdiplomasi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Dijangka Cecah RM4.10 Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, seiring dengan unjuran untuk mencecah RM4.10 menjelang akhir tahun, susulan kenyataan yang cenderung kepada penurunan kadar faedah oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah melemahkan mata wang AS itu.

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Jejaki Penurunan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan harga minyak kacang soya yang lemah.