Terdapat 180 berita berdasarkan kata kunci carian " persendirian"

KWSP Jadikan Alokasi Aset Strategik Sebagai Asas Pelaburan Masa Depan - KPE

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Pelaburan masa depan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berpandukan peruntukan atau Alokasi Aset Strategik (SAA) yang melibatkan kitaran pelaburan tiga tahun dan diteliti semula setiap tiga tahun.

Aset Pelaburan KWSP Cecah RM1.25 Trilion, 63 Peratus Dilaburkan Dalam Pasaran Domestik

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

Dividen KWSP Diunjur Dalam Julat 6.0-6.2 Peratus - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.

HI Mobility Meterai Perjanjian Taja Jamin Runcit Dengan Maybank IB Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- HI Mobility Bhd memeterai perjanjian taja jamin runcit dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi menjayakan urusan tawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Saliran Baru Yang Akan Disenarai Di Pasaran ACE Sasar RM21.71 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pembekal paip minyak dan gas (O&G) yang akan disenaraikan di Pasaran ACE, Saliran Group Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.71 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

OCBC Bank Lancar Pusat Pelanggan Persendirian Premier Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd secara rasmi melancarkan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar sebagai pusat utama untuk menggandakan bilangan pelanggan premier di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Pelabuhan Klang Sasar Kendali 15 Juta TEU Kontena Pada 2025 - Loke

KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.

Logistik Halal: Peluang Berharga Bagi Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.

KWAP Catat Pendapatan Pelaburan Sebanyak RM180 Bln Pada 2024

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) --  Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak RM18.0 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.

USO Labuan Teruskan Pengembangan Dengan Kemudahan Ketujuh Di Mid Valley

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 7 Feb (Bernama) -- Universal Serviced Offices (USO), penyedia pejabat perkhidmatan yang berpangkalan di Labuan, mengumumkan pengembangan terbarunya melalui kemudahan baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur.

IPO TechStore Terlebih Langgan 96.66 Kali

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) perusahaan, TechStore Bhd telah terlebih langgan sebanyak 96.66 kali sebelum ia disenaraikan pada Pasaran ACE Bursa Malaysia oleh pelabur runcit.

MAHB Akan Dinyahsenarai Dari Pasaran Utama, Hari Terakhir Dagangan Pada 19 Feb

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.