Terdapat 201 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor perkhidmatan"

Firma Penyelidikan Naikkan Unjuran KDNK Suku Pertama 2025 Kepada 4.5-4.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kalangan firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara  4.5 dan 4.6 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini bagi suku pertama 2025, menjelang pengumuman rasmi Jumaat ini.

Sektor Perkhidmatan Malaysia Meningkat Enam 6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 6.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2025 sehingga mencapai pendapatan RM630 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Gangguan Penerbangan Akibat Konflik Tuntut Malaysia Tumpu Digital, Pelbagaikan Dagangan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia berkemungkinan meraih perolehan hasil lebih rendah jika terus berdepan peningkatan kos perjalanan udara, kelewatan rantaian bekalan serta aktiviti pelancongan yang susut akibat gangguan penerbangan yang berlanjutan. 

AS Mahu Rundingan Satu Dengan Satu Dengan Negara Anggota ASEAN Mengenai Tarif - MITI

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen positif ke atas mata wang tempatan, kata seorang penganalisis. 

MARC Jangka KDNK Suku Pertama Malaysia Tumbuh 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (1Q2025), berbanding 5.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).

Affendi Rashdi Dari BNM Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA Baharu

LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.

219,015 Pertubuhan Milikan Wanita Beroperasi Pada 2022, Selangor Tertinggi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Sejumlah 219,015 pertubuhan milikan wanita dicatatkan pada 2022 yang menyumbang 20.1 peratus kepada keseluruhan pertubuhan dalam ekonomi pada tahun itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

JS-SEZ Bakal Jadi Pemangkin Pertumbuhan Pelaburan Dan Rantaian Bekalan Bersepadu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menjadi destinasi pelaburan dan pusat rantaian bekalan utama seterusnya di Asia menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

RCEP Perlu Teguh Dalam Tangani Cabaran, Perluas Perdagangan - CIRD

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 27 April (Bernama) -- Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) perlu teguh dalam mendukung prinsip multilateralisme dan menangani cabaran seperti dasar perlindungan perdagangan dan langkah-langkah meliputi tarif balas yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup kukuh hari ini, kekal melepasi paras 1,500 mata, disokong sentimen pasaran yang semakin pulih susulan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, walaupun prestasi pasaran serantau bercampur-campur.