Terdapat 342 berita berdasarkan kata kunci carian "atr"

ATR Sedia Bantu Malaysia Capai Matlamat Penerbangan Hijau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar pesawat turboprop Perancis-Itali, ATR bersedia membantu Malaysia dan pengendali ASEAN lain dalam usaha mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar peranan syarikat itu yang terus menjadi peneraju operasi lestari sektor penerbangan serantau.

MATRADE Sokong Sasaran Eksport RM2.09 Trilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030. 

Eksport Sel PV Ke India Naik 88 Peratus Pada 2024, Imbangi Penurunan Eksport Ke Pasaran AS

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sel fotovoltaik (PV) ke India sebanyak 88 peratus atau RM4.65 bilion pada 2024 berbanding RM2.47 bilion pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Syarikat Penjagaan Kesihatan Malaysia Jana Jualan RM96.18 Juta Di IHW 2025

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Syarikat penjagaan kesihatan Malaysia mencatatkan jualan sebanyak RM96.18 juta sepanjang Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Kerajaan Akan Kaji Syarat Lokalisasi Kepada Pelabur Asing - Liew

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.

Sebanyak 1,533 Projek Perabot Lulus Bernilai RM11.62 Bilion Sehingga Mac 2025 — Liew

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Sebanyak 1,533 projek perabot diluluskan dengan nilai pelaburan RM11.62 bilion sehingga Mac 2025 melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. 

Malaysia Anjur MIHAS 2025 Pada September, Turut Disertai Pembeli Dari Perancis

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-21 (MIHAS 2025) dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Tarif: IPA Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Pastikan Industri Tempatan Tidak Terjejas - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Agensi Promosi Pelaburan (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh isu tarif Amerika Syarikat (AS).

CAAM Ambil Alih Fungsi Kawal Selia Mavcom Mulai 1 Ogos Depan

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengambil alih fungsi kawal selia Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Peningkatan Perdagangan Pada Separuh Pertama Bukti Kekuatan Perdagangan Luar Malaysia - Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Peningkatan nilai kumulatif perdagangan tertinggi dalam sejarah sebanyak 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion pada separuh pertama 2025 mencerminkan kekuatan dan ketahanan kedudukan perdagangan luar Malaysia. 

Sabah Dijangka Keluarkan Hasil Marin RM3.25 Bilion Setahun Menerusi Ekonomi Biru

KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang, dapat dikeluarkan oleh negeri ini menerusi Ekonomi Biru Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

MIMOS Lantik Saat Shukri Sebagai Presiden, CEO Kumpulan Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- MIMOS Bhd (MIMOS) telah melantik Saat Shukri Embong sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 14 Julai, 2025.