1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd bercadang untuk mewujudkan dua program sukuk wakalah dengan had agregat gabungan dalam nilai nominal sebanyak RM5 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan pertumbuhan sistem pinjaman Malaysia meningkat pada kadar 4.0 peratus kepada 5.0 peratus pada 2026, sejajar dengan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan global membabitkan kenaikan kos tenaga dan risiko inflasi susulan konflik Timur Tengah yang meruncing.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi seiring prestasi ekuiti serantau, dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah selepas indeks utama mencecah seketika di bawah paras psikologi 1,700 dalam sesi dagangan sebelum ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia dengan pasaran menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadarnya pada 2.75 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang positif semalaman berikutan kemerosotan harga minyak dan data ekonomi yang menggalakkan meredakan kebimbangan terhadap krisis geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia secara keseluruhannya ditutup rendah pada Rabu berikutan trend penyusutan di pasaran serantau, dengan Korea Selatan mencatat penurunan ketara berikutan pelabur memberikan reaksi terhadap kesan geopolitik yang semakin meluas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd memberi jaminan bahawa dakwaan yang tersebar dalam talian mengenai pelanggaran data melibatkan pelanggannya adalah tidak benar sebaliknya data pelanggan terus dilindungi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.