BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 273 berita berdasarkan kata kunci carian "pengiktirafan"

Malaysia Pamer Kepimpinan ASEAN Dalam Pertumbuhan Digital, Keamanan Serantau - Teo 

PETALING JAYA, 29 Julai (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia bukan sahaja mengambil langkah berani dalam bidang digital sebaliknya mempamerkan kepimpinan diplomatik yang berkesan dalam keamanan dan kestabilan serantau, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 Sokong Usaha Tarik Pelaburan Asing, Perkukuh Ekonomi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 mampu menyokong matlamat jangka panjang negara dalam menarik pelaburan langsung asing di samping memperkukuh kestabilan ekonomi negara.

Enakmen Tadbir Urus Karbon Sabah Buka Peluang Pelaburan Dalam Pasaran Karbon

KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Kelulusan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 Julai lepas membuka peluang besar kepada Sabah untuk menarik pelaburan dalam pasaran karbon, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelan Hala Tuju Pasaran Modal SC Seiring Dengan Rancangan Malaysia Ke-13, NETR

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal 4 (CMP4) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan datang bakal seiring dengan keutamaan semasa negara, termasuk Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan inisiatif kerajaan yang lain.

Pelaburan Infineon Kukuhkan Malaysia Sebagai Hab Semikonduktor Global, Cipta 1,500 Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) --  Pelaburan mega oleh Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kelestarian Nadi Penggerak Tioman

TIOMAN, 26 Julai (Bernama) -- Di Pulau Tioman, kelestarian tidak dilihat sebagai satu perbelanjaan. Ia dianggap sebagai satu pelaburan.

Bursa Malaysia Antara 50 PLC Terbaik Di ASEAN, Lima Terbaik Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd diiktiraf sebagai satu daripada 50 Syarikat Senaraian Awam (PLC) terbaik di ASEAN dan antara lima PLC terbaik di Malaysia pada Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN yang diadakan semalam.

Ekonomi Malaysia Berada Pada Landasan Kukuh - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh dan meyakinkan di sebalik segala keresahan dan kekangan yang berlaku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LPNM Pergiat Usaha Pacu Eksport Nanas Malaysia, Penuhi Permintaan Global

JOHOR BAHRU, 22 Julai (Bernama) -- Permintaan New Zealand agar Malaysia meningkatkan eksport nanas ke negara itu membuktikan pengiktirafan kualiti, keselamatan dan daya saing hasil buah berkenaan, khususnya varieti premium MD2 yang kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Capitaland Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Kedua Sebanyak RM35.07 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Untung bersih CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) naik kepada RM35.07 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM33.47 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Malaysia Sasar Jadi Hab Pembungkusan Canggih Semikonduktor - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Dana padanan berjumlah RM90 juta dalam bidang semikonduktor dilancarkan melalui Malaysia Sciene Endowment (MSE) bagi meletakkan negara sebagai hab global dalam bidang teknologi pembungkusan canggih yang kini hanya dikuasai segelintir negara seperti Taiwan.

Unit Pelabuhan Bintulu Tegaskan Komitmen Perkukuh Operasi Tenaga Luar Pesisir

KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Bintulu Port Holdings Bhd (Bintulu Port), Borneo Oil and Gas Supply Base Sdn Bhd (BOGSB) menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh operasi tenaga luar pesisir melalui pembangunan infrastruktur strategik dan perkhidmatan bersepadu.