Terdapat 1915 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Ringgit Dibuka Tinggi, Daya Tarikan Meningkat Dalam Kalangan Mata Wang Negara Pesat Membangun

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, apabila pelabur mendapati kestabilan politik dan dasar Malaysia adalah memberangsangkan dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun.

IILM Raih US$500 Juta Aset Penuhi Peningkatan Permintaan Sukuk

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) memperoleh aset berkualiti tinggi bernilai US$500 juta (AS$1 = RM4.435) dalam usaha mengembangkan asetnya untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap kertas Islam jangka pendek.

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Alternatif Minyak Sayuran Lebih Murah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Selasa.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mencatatkan penurunan semalam dan disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.

Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh ringgit yang melemah sedikit dan bekalan getah asli yang terhad berikutan musim sejuk dan ramalan hujan di negara-negara pengeluar utama.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian dalam saham perbankan wajaran tinggi dan telekomunikasi dalam persekitaran sentimen pasaran yang bertambah baik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Teruskan Aliran Menurun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun hari ini dairpada Jumaat lepas dalam persekitaran kebimbangan terhadap permintaan eksport yang rendah susulan kenaikan harga komoditi itu baru-baru ini, kata seorang peniaga sawit David Ng.

Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika kebimbangan mengenai tindak balas terhadap tarif yang dijangka berkuat kuasa pada 2 April yang hanya menjadikan pelabur lebih berhati-hati.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan penjualan lewat mempengaruhi pasaran manaka pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Aset BNM Turun Kepada RM621.54 Bilion Pada 2024, Dividen Kepada Kerajaan Berjumlah RM5.25 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) pada 31 Disember 2024 turun 1.61 peratus kepada RM621.54 bilion berbanding RM631.74 bilion pada 2023 dengan rizab antarabangsa terus menjadi sebahagian besar daripada aset itu sebanyak 84 peratus (2023: 82 peratus).

Reformasi Dasar Ekonomi Kunci Kukuhkan Ringgit - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pembaharuan struktur dan dasar ekonomi mesti diutamakan berbanding pergantungan  berlebihan terhadap rizab antarabangsa untuk menangani turun naik mata wang.