11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini, dengan sebahagian besarnya diperuntukkan bagi menaik taraf loji, peningkatan kapasiti “stamping” atau tekan tera, pembangunan model baharu dan perkakasan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Jumaat, dipacu minat belian berterusan dalam saham mewah terpilih yang didahului oleh kaunter utiliti dan perbankan, kata penganalisis.
11bulan ago
TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang baharu seperti DeepSeek mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap satu produk sahaja, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia dan Uzbekistan digesa menjalin kerjasama baharu bagi merebut peluang sinergi yang ditawarkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pembuat sarung tangan dan penggiat semikonduktor Malaysia dijangka menerima manfaat daripada pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Kenanga Investment Bank Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk dunia yang mana kecerdasan buatan (AI) mendominasi pembangunan pusat data memandangkan tidak semua pusat data sesuai untuk menyokong ledakan AI yang akan datang, kata agensi hartanah global Juwai IQI.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Pendekatan menyeluruh dan sistematik bagi menyusun semula pekebun kecil getah menjadi satu gabungan serta penanaman semula varieti pokok getah berhasil lebih tinggi akan menjadi aspek penting untuk Malaysia meraih semula kedudukan sebagai pengeluar getah utama dunia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Penyedia teknologi digital Halal, Serunai Commerce Sdn Bhd bekerjasama dengan Jordan bagi memperkukuh ekosistem halal negara tersebut di bawah modul kerjasama pembangunan dan kepakaran Islamic Development Bank (Islamic DB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai (LCR) sebanyak 160.7 peratus, naik daripada 147.9 peratus pada November, menyokong pengantaraan kewangan yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta.