1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) – Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 komited untuk menerapkan integrasi yang lebih erat dalam ASEAN, meningkatkan perdagangan, ekonomi dan integrasi tenaga di rantau ini dan dengan seluruh dunia.
1tahun ago
PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembangunan hartanah Malaysia memiliki potensi yang besar pada masa depan, bagaimanapun, kejayaan itu bergantung kepada kerjasama yang strategik, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah mengumumkan 12 inisiatif strategik termasuk rangka kerja Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) untuk meningkatkan integrasi ekonomi, keterangkuman dan kerjasama serantau.
1tahun ago
PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) komited membantu syarikat di Malaysia memahami proses pengurusan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meningkatkan integriti halal dan memulihkan imej syarikat terlibat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan sebanyak 2,443 pengeksport halal Malaysia bagi tahun ini berbanding 1,600 pengeksport setakat Disember 2024.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Sir Keir Starmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 bersetuju dengan cadangan Malaysia dalam menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).
1tahun ago
CYBERJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial melalui inisiatif seperti Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER) 2021-2030 dan platform MyStartup.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Forum Kewangan Masa Depan 2025 merupakan inisiatif oleh AmanahRaya Investment Management (ARIM) yang direka untuk melengkapkan pelajar universiti dengan kemahiran celik kewangan yang penting.