BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR | 

Terdapat 1702 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

Ekovest Peroleh Lanjutan Akhir Teruskan Perbincangan Penggabungan Dengan Knusford

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ekovest Bhd memperoleh lanjutan akhir selama enam bulan untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan penggabungan antara anak syarikat milik penuhnya, Ekovest Construction Sdn Bhd (ECSB) dengan Knusford Bhd.

Icon Offshore Terima Persetujuan Pemegang Saham Bagi Ambil Alih Saham, Perubahan Nama

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Icon Offshore Bhd menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan pengambilalihan saham tujuh syarikat bernilai RM403.5 juta serta saranan pertukaran nama kepada Lianson Fleet Group Bhd (LFG).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Dagangan Lengang

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah negatif hari ini disebabkan dagangan lemah yang disaksikan di seluruh papan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina (CNY), kata seorang penganalisis.

Keuntungan Bersih DXN Meningkat Kepada RM92.78 Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd meningkat kepada RM92.78 juta pada suku ketiga berakhir 30 November, 2024 daripada keuntungan bersih RM78.36 juta yang dicatatkan pada suku ketiga 2024.

Bursa Malaysia Jangka 60 IPO Disenarai Pada 2025 Dengan Permodalan Pasaran RM40.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.

Bursa Malaysia Lantik Fad'l Mohamed Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2025.

IPO : Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE, ES Sunlogy Sasar Kumpul RM42 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpulkan sejumlah RM42 juta menerusi langkah tawaran awam permulaannya (IPO).

Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2024 Bursa Malaysia Meningkat Kepada RM310.12 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama dan cuti Tahun Baru Cina.

UEM Ambil Alih 1.5 Juta Saham MAHB Pada RM10.96 Sesaham

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- UEM Group Bhd mengambil alih 1.5 juta saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM10.96 sesaham pada Jumaat, 24 Jan 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.

Pembuat Tawaran Peroleh 92.82 Peratus Saham MAHB, Tarikh Akhir Dilanjutkan Sehingga 4 Feb

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pembuat tawaran bersama ke atas saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd mencecah 92.82 peratus, melebihi ambang 90 peratus.