10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Cape EMS Bhd memeterai perkongsian dengan syarikat gergasi aeroangkasa Aerospace Industrial Development Corp (AIDC) Taiwan untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), pembuatan komponen aeroangkasa dan teknologi sains hayat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dewan Negara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini bagi memberi peluang kepada pengembangan pelaburan serta ekonomi negara.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh ringgit yang melemah sedikit dan bekalan getah asli yang terhad berikutan musim sejuk dan ramalan hujan di negara-negara pengeluar utama.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- CIMB Bank Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Wild Asia Sdn Bhd untuk memacu peralihan ke arah amalan yang lebih mampan dalam sektor minyak sawit.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun hari ini dairpada Jumaat lepas dalam persekitaran kebimbangan terhadap permintaan eksport yang rendah susulan kenaikan harga komoditi itu baru-baru ini, kata seorang peniaga sawit David Ng.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pengenalan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico, Kanada dan China boleh membuka peluang kepada pengeksport Malaysia meningkatkan pengeluaran dan menggandakan eksport mereka ke AS.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 di pasaran getah Malaysia meningkat semula pada Isnin, didorong oleh momentum positif dalam pasaran getah serantau, kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kriteria kelayakan subsidi bahan api bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas (T15) yang akan dimuktamadkan menjelang pertengahan 2025, mungkin mendorong sebahagian pengguna untuk memilih kenderaan lebih murah atau beralih kepada kenderaan elektrik (EV), menurut MIDF Research.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat Malaysia daripada pelbagai industri untuk menyertai empat pameran perdagangan utama iaitu Battery Show Asia, Mobility-Tech Asia, Build4Asia dan Data Center Asia yang akan diadakan serentak di AsiaWorld-Expo, Hong Kong bermula 15 hingga 17 Julai 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025 berbanding US$118.3 bilion pada 28 Feb, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Peredaran mata wang (CIC) Malaysia meningkat sebanyak 5.5 peratus pada 2024 kepada RM170.7 bilion, berbanding RM161.8 bilion pada tahun sebelumnya.