1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melepasi sasaran awal RM4 bilion dengan mencatatkan RM4.8 bilion dalam pembiayaan hijau, mendahului sasaran 2025 yang ditetapkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Nestcon Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, akan membangunkan projek loji fotovoltan solar berskala besar (LSSPV) berkapasiti arus ulang alik sebanyak 14.99 megawatt (MWac) di Bongawan di Kimanis, Sabah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) telah bersetuju dengan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Land Sdn Bhd untuk membangunkan tanah seluas 196.67 hektar di Bandar Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) dinobatkan sebagai Pemberi Pinjaman Terbaik 2024 pada anugerah Impact Awards 2024 baru-baru ini berikutan pembiayaan dan pandangan pelaburannya yang memfokuskan kepada kemampanan.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) dan MTC Orec Sdn Bhd (MTC Orec) menjalin kerjasama strategik bagi memacu pembangunan loji biometana MTC Orec, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pertumbuhan mampan serta inovasi tenaga boleh baharu (TBB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan sebuah konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan antarabangsa komited menyediakan lebih US$900 juta (US$1 = RM4.50) dalam pembiayaan kepada kampus pusat data hiperskala Yondr Group di Malaysia, menurut Kumpulan Bank Dunia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM2.57 bilion kepada 272,242 usahawan wanita di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) setakat November bagi tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) mengumumkan telah mengeluarkan notis penamatan kepada Berjaya Rail Sdn Bhd bagi menamatkan perjanjian kerjasama mereka berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan cabang digital Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Digital Sdn Bhd dan cabang tenaga bersihnya, Gentari Sdn Bhd (Gentari), untuk memacu transformasi digital dan inovasi mampan bagi industri dan negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk membeli tanah pegangan bebas seluas 2.424 hektar di Johor Bahru, Johor yang diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri perkhidmatan premium dan unit runcit.