1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan lebih kecil dalam julat 1,600 hingga 1,610 mingu depan manakala angka 1,600 itu juga kekal sebagai paras psikologi dan ambang teknikal yang memaparkan latar belakang ekonomi Malaysia yang kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif dalam dagangan tengah hari Jumaat, dipacu oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter utiliti serta perkhidmatan dan produk industri.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran serantau dan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama -- Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaik untuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diteraju oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti ketika bursa serantau mencatat prestasi bercampur-campur.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit terus disokong dengan baik dan mengekalkan momentum menaik, meningkat 0.12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup pada Rabu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street kerana sentimen keseluruhannya dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, pulih daripada penurunan semalam berikutan permintaan yang lemah untuk dolar AS, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen yang kekal berhati-hati terhadap trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).