Terdapat 1764 berita berdasarkan kata kunci carian " ekspo"

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa berikutan penjualan berlaku di kaunter wajaran tinggi, terutama Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd.

Eksport Kayu Negara Naik 4.9 Peratus Kepada RM22.9 Bilion Pada 2024 -- Johari Ghani

PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Nilai eksport produk perkayuan negara meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM22.9 bilion pada tahun lepas berbanding pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan Anwar Ke Bahrain Perkukuh Hubungan Dua Hala, Jemput Ke Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bahrain mencecah RM1.19 bilion (US$260 juta) pada 2024, berbanding RM1.5 bilion (US$330 juta) pada 2023.

SME Venture@ASEAN 2025 Jangka Tarik Lebih 10,000 Pengunjung, Jana Jualan RM300 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan 300 pempamer tempatan serta antarabangsa, terutamanya dari negara anggota ASEAN dan rakan dagangan.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Kekal Kukuh 4.9 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Hubungan Malaysia-ASEAN Dengan China Perlu Terus Dibina Berasaskan Hormat, Kepercayaan Bersama

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Hubungan Malaysia dan ASEAN dengan China perlu terus dibina berlandaskan hormat dan kepercayaan bersama, terutama dalam memacu industri bernilai tinggi, memupuk inovasi serta merangsang pembangunan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ketua Menteri Pulau Pinang Ketuai Misi Penggalakan Pelaburan Ke Jepun

GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakan pelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.

Logistik Halal: Peluang Berharga Bagi Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.

Pertumbuhan Kukuh KDNK Bukti Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyertaan Kontinjen Malaysia Ke Gulfood 2025 Mampu Lonjak Eksport F&B - MATRADE

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menerajui 90 syarikat tempatan dan empat agensi kerajaan ke Gulfood 2025, yang diadakan mulai 17-21 Februari di Pusat Perdagangan Dunia Dubai.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah minggu hadapan disebabkan kelemahan dalam eksport baru -baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng. 

MITI Akan Perkukuh Usaha Tarik Pelaburan Susulan Prestasi Kukuh KDNK 2024

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan dan membangunkan industri tempatan susulan prestasi kukuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2024.