10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap perang perdagangan, menjelang penguatkuasaan tarif Amerika Syarikat pada awal April, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Inisiatif Perdagangan Digital MADANI (MDT) mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPDSB) bagi membina tanjakan pejalan kaki dan semua kerja berkaitan di Gurney, Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang berjumlah RM11.36 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) bukanlah ‘dana hangus’ tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
Ini adalah rumusan daripada siri artikel tiga bahagian mengenai kutipan yuran penyenggaraan melibatkan hartanah strata. Ia meneliti cabaran penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), peranan JMB dan MC serta tanggungjawab pemilik dan penyewa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan meluluskan 21 projek pelaburan pusat data di bawah insentif galakan Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) dengan nilai pelaburan berjumlah RM113.8 bilion sejak 2021 hingga 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Critical Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Critical M&E Engineering Sdn Bhd meraih dua kontrak yang keseluruhannya bernilai RM84.71 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham SEB atau pemiutang kewangan sedia ada, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- - Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).