6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Gamuda di Australia, Gamuda Holdings Pty Ltd telah memeterai perjanjian mercu tanda dengan pemilik tanah tempatan untuk membangunkan portfolio projek tenaga boleh baharu berskala besar di Tasmania Tengah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd menyokong sepenuhnya pembaharuan sistemik dalam sektor penjagaan kesihatan bagi menangani peningkatan kos perubatan dan memastikan daya maju jangka panjang industri insurans untuk manfaat pelanggan.
6bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Selepas menunggu hampir tiga dekad, 31 pemilik unit kedai dan sembilan pemilik unit pangsapuri di Kompleks Taman Kewangan di sini, akhirnya berjaya memperoleh hak milik strata masing-masing hari ini.
6bulan ago
LABUAN, 25 Jun (Bernama) - Pemaju pembangunan bercampur terbesar Labuan, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd, sedang memulihkan semula Block 5 Tower dengan mengubahnya menjadi bangunan pejabat moden bagi meningkatkan lagi tawaran hartanah komersial di pulau itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia (MEEPA) Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) yang dimeterai semalam akan memberi kelebihan daya saing dan peluang yang stabil kepada pengeluar Malaysia menembusi pasaran Eropah yang bernilai tinggi, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Rundingan Malaysia dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan Setiausaha Perdagangan AS berkaitan tarif AS yang berterusan berada di landasan tepat dan mencatatkan kemajuan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Selain zakat, sistem kewangan Islam mempunyai beberapa kaedah pengumpulan harta awam untuk digunakan bagi kepentingan yang ditetapkan oleh syarak, demikian menurut seorang pensyarah sebuah universiti tempatan.
6bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia tetap tegas menolak pelaksanaan tarif unilateral dan terus mendukung sistem perdagangan multilateral antarabangsa yang berasaskan peraturan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Suriname E&P BV telah memeterai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV dan subsidiari milik penuhnya, Paradise Oil Company NV (POC) untuk Blok 66 Suriname.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Seiring mobiliti bandar yang semakin tidak mampan di tengah-tengah senario pertambahan penduduk dan pelepasan karbon, mendorong Prasarana Malaysia Bhd menanganinya dengan menumpukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) merangkumi ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam.