7hari ago
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
7hari ago
LABUAN, 20 April (Bernama) -- Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Labuan selepas menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pertubuhan itu pada Ahad.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia berada di trajektori pengembangan pada suku pertama 2026, berkembang 10.4 peratus kepada RM789.85 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2025, meskipun berdepan ketidaktentuan global berterusan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Hong Kong Productivity Council (HKPC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama industri serta meningkatkan produktiviti dalam kalangan pengilang di kedua-dua ekonomi.
7hari ago
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Malaysia kekal optimistik dengan prospek pertumbuhan 2026 meskipun ketidaktentuan isu geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa gembira bahawa lebih separuh daripada jumlah pelaburan di Selangor berjumlah RM48.9 bilion atau 58.3 peratus pada 2025 adalah daripada pelabur tempatan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih 1.27 bilion urus niaga setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan terus komited terhadap pembaharuan dasar dan libat urus yang berterusan dengan syarikat dan pengurus dana, yang mempunyai pilihan dalam menentukan destinasi pelaburan serta lokasi operasi pembuatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.