Terdapat 174 berita berdasarkan kata kunci carian " keberkesanan"

Mekanisme Perdagangan, Pelaburan Dalam Mata Wang Tempatan Akan Terus Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memperkukuh serta menambah baik saluran dan mekanisme sedia ada bagi mempermudah urusan perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

Inventori Terlebih Nyata, Perbelanjaan Terkurang Nyata PR1MA RM42.18 Juta - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merekodkan sejumlah RM42.18 juta inventori terlebih nyata dan perbelanjaan terkurang nyata pada tahun kewangan 2023.

Malaysia Kekal Pendirian Berkecuali, Tidak Babit Dalam Saingan Kuasa Besar - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pendirian Malaysia jelas untuk kekal berkecuali dan tidak akan terlibat dalam persaingan kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pertumbuhan Kukuh KDNK Bukti Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 Peratus Perlihat Daya Tahan Dalam Ketidaktentuan Global 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.

BNM Terbit Kertas Perbincangan Cadangan Dasar Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026-2030

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 – 2030).

Malaysia Perkukuh Tenaga Kerja Ladang Pastikan Pengeluaran Sawit Konsisten - Johari

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan, menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), komited memastikan setiap ladang sawit mempunyai tenaga kerja yang mencukupi supaya pengeluaran konsisten dan tidak terjejas.

Kerajaan Kaji Impak Platform AI DeepSeek Kepada Malaysia - Gobind Singh

SHAH ALAM, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Perbincangan Dengan Yidu Tech Berpotensi Bangunkan Penjagaan Kesihatan Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perbincangan bersama syarikat penjagaan kesihatan dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), Yidu Tech Inc berpotensi mewujudkan kerjasama bagi mengubah infrastruktur penjagaan kesihatan dan perubatan Malaysia.

Tarif Trump Akan Memuncak Pada Akhir 2025 - Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.

MNRB Catat Untung Bersih RM115.9 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM115.9 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis, 2024 (suku ketiga tahun kewangan 2025), peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding RM84.6 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Sektor Kewangan Terima 2.3 Juta Aduan Sejak Lima Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.