5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines mencatat prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 85.3 peratus setakat Mei 2025 dan diikuti oleh AirAsia pada 84.5 peratus dan Batik Air 73.5 peratus bagi segmen penerbangan domestik.
5bulan ago
SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) -- Topcon Positioning Asia (Malaysia) Sdn Bhd (Topcon Malaysia) telah melancarkan pusat latihan pertamanya di Asia Tenggara, iaitu Pusat Latihan Topcon Malaysia (TMTC), satu pelaburan strategik bagi memacu transformasi digital dalam sektor pembinaan dan infrastruktur di rantau ini.
5bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disambung semula pada 1 Julai selepas digantung selama 28 bulan, dengan janji untuk meningkatkan kesambungan, memudahkan pergerakan penumpang yang lancar antara terminal serta melenyapkan gangguan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- AIA PUBLIC Takaful Bhd mengumumkan agihan lebihan tertinggi sebanyak RM84 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ekonomi biru akan terus diperkasakan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030 dengan nilai industri perkhidmatan pembekalan bahan api kapal disasarkan mencecah RM19.4 bilion menjelang 2030 berbanding RM14.5 bilion pada 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan memberi penekanan kepada pertumbuhan industri strategik dalam ekonomi biru yang mampan dan berdaya saing dengan fokus merangkumi hab perikanan bersepadu, pelancongan pantai dan maritim, teknologi berasaskan bio biru serta hab ekonomi biru di Sabah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB) akan mengembang dan membangunkan kapasiti penyimpanan kira-kira 272,000 meter padu, melibatkan pelaburan sebanyak US$330 juta (RM1.4 bilion) termasuk kos yang berkaitan dengan perkongsian fasiliti di terminal itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Firefly akan memindahkan operasi jetnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkuat kuasa 19 Ogos, 2025.
5bulan ago
PASIR GUDANG, 29 Julai (Bernama) -- Johor Port Bhd telah menyiapkan peluasan kemudahan jeti cecair bernilai RM140 juta untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuh kedudukan Pelabuhan Johor sebagai hab pukal cecair utama di Asia Tenggara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025).
5bulan ago
LABUAN, 27 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) memanfaatkan penyertaan dalam Festival Flora Borneo 2025 untuk menonjolkan keupayaan logistik maritim dan operasi pelabuhan Labuan, di samping menggariskan perancangan libat urus dengan agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat umum.