Terdapat 5220 berita berdasarkan kata kunci carian " sam"

Kesediaan Malaysia Dalam 19 Bidang Utama Penentu Pelaksanaan Tenaga Nuklear -- ST

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) – Keputusan Malaysia berkaitan pelaksanaan program tenaga nuklear akan bergantung kepada tahap kesediaan negara dalam 19 bidang keutamaan dengan sebahagian besarnya menumpukan aspek keselamatan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Pusat Data Jana Manfaat Limpahan Ekonomi Tidak Langsung Lebih Luas - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) – Tanggapan bahawa pusat data hanya menjana pekerjaan adalah tidak tepat kerana ia membawa manfaat ekonomi yang lebih luas selain pekerjaan secara langsung melalui ekosistem yang diwujudkannya, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

PM Anwar Rasmi ETCon26 TNB, Perkukuh Komitmen Malaysia Ke Arah Masa Depan Tenaga Lestari Dan Siaga AI

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) Tenaga Nasional Bhd (TNB), menjadi detik penting apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan persidangan tersebut sekali gus memperkukuh komitmen Malaysia untuk membangunkan ekosistem tenaga yang lestari, berdaya tahan dan bersedia menghadapi keperluan masa depan.

Daya Saing Ekonomi, Kemampanan Wujudkan Peluang Besar Jalin Kerjasama Malaysia-Jepun

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Usaha Malaysia untuk terus kekal berdaya saing dari segi ekonomi di samping memenuhi komitmen kemampanannya secara bertanggungjawab dan realistik akan mewujudkan peluang besar dalam menjalin kerjasama dengan Jepun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

AI Tawar Peluang Pacu Peralihan Tenaga - PM Anwar

Oleh Siti Radziah Hamzah, Maizatul Jamny Muhammad Rosli & Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa walaupun pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) menawarkan banyak peluang untuk memacu usaha peralihan tenaga, ia tidak boleh mengatasi aspirasi kelestarian negara.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, berbanding prestasi serantau, disokong sentimen positif tempatan susulan pengumuman mengenai tender Solar Berskala Besar 6 (LSS6) yang dijangka dibuka pada penghujung tahun ini.

Gas Malaysia Guna Pakai Sistem Penyahkarbonan Loop Pertama Di Rantau Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mengguna pakai sistem LOOP yang pertama di Asia Pasifik, menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Levidian Nanosystems Ltd untuk menghasilkan grafen dan memerangkap karbon daripada metana.

ENERtec Asia 2026 Tumpu Kepada Peralihan Tenaga, Inovasi AI

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi tumpuan utama di ENERtec Asia 2026 apabila penggiat industri meneroka teknologi serta penyelesaian baharu bagi menyokong landskap tenaga yang kian berkembang.

Synology Umum ActiveProtect Manager 2.0, Pelan Hala Tuju DSM Generasi Seterusnya

Daripada Siti Noor Afera Abu

TAIPEI, 3 Jun (Bernama) -- Synology Inc hari ini mengumumkan ActiveProtect Manager 2.0 dan pelan tindakan bagi DiskStation Manager (DSM) generasi seterusnya.

Pasaran Getah KL Cecah Paras Tertinggi Baharu 2026, Seiring Prestasi Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran Getah Kuala Lumpur mencatat peningkatan ketara pada akhir dagangan Rabu, sekali gus mencecah paras tertinggi baharu bagi 2026 setakat ini.

Malaysia Berpotensi Besar Sokong Pertumbuhan Infrastruktur AI - Schneider Electric

TAIPEI, 3 Jun (Bernama) -- Schneider Electric yakin Malaysia berkeupayaan untuk menyokong pertumbuhan infrastruktur kecerdasan buatan (AI), disokong oleh ekosistem semikonduktor yang kukuh, industri pusat data yang berkembang pesat serta daya tarikan negara yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur teknologi global.

PKS : Alliance Bank, 99 Speed Mart Tawar Ansuran Sifar Peratus Bagi Belian Pukal

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memeterai kerjasama strategik yang menawarkan pelan pembayaran ansuran sifar peratus bagi belian pukal menerusi platform belian pukal dalam talian 99 Speed Mart iaitu 99 Bulksales.