25hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan.
25hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh pengukuhan ringgit yang meningkatkan sentimen pasaran susulan prestasi positif Wall Street semalaman.
25hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, kekal di sekitar paras 4.08, disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap pendirian dasar monetari AS yang kurang agresif serta perkembangan terkini dasar bank pusat global.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMCCA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM55.37 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2025 daripada RM30.92 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.
26hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan sentimen kukuh, menamatkan penyusutan sebelumnya berikutan kenaikan indeks petunjuk pasaran yang didorong oleh saham sektor perindustrian dan pengguna.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, mengatasi prestasi pasaran serantau susulan kemunculan aktiviti belian bagi saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter produk perindustrian, pengguna dan perkhidmatan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga lebih rendah dalam sesi dagangan awal pada Khamis.
26hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kelemahan semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu.
26hari ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.
27hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun mengalami penurunan pada awal dagangan, disokong oleh pemulihan dalam pasaran minyak kacang soya.