6hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS susulan permintaan merosot terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
6hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran rendahnya bagi hari kelima berturut-turut pada Jumaat apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang pergerakan pasaran yang ketara, kata seorang penganalisis.
6hari ago
Oleh Abdul Hamid A.Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.
6hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) terus memperlihatkan momentum pertumbuhan yang kukuh pada Ogos 2024, dengan mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus, mencapai 114.3 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan sentimen bercampur-campur di Wall Street selepas pendapatan korporat menunjukkan prestasi yang berbeza-beza, kata penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, menggalakkan keterangkuman dan kemampanan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
7hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat kepada lebih RM4,600 satu tan bagi kontrak penanda aras Januari 2025, didorong sentimen positif ketika jangkaan penyusutan pengeluaran dan paras stok yang lebih rendah, kata peniaga.