Terdapat 206 berita berdasarkan kata kunci carian "mof"

Harga Runcit RON97 Dan Diesel Di Semenanjung Turun 3 Sen

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Dilaksana Pada Separuh Kedua 2025 - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Dilaksana Pada Separuh Kedua 2025 - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Konsolidasi Fiskal Malaysia Bagi Suku Pertama 2025 Kekal Di Landasan Tepat --MOF

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 menyusut kepada RM21.9 bilion pada suku pertama 2025 daripada RM26.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Proses Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Diuruskan Sepenuhnya Oleh MoF - Rafizi

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

ASEAN Runding Perluas Keahlian RCEP, CPTPP Untuk Perkukuh Perdagangan Serantau

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) - ASEAN sedang merundingkan langkah-langkah untuk mengembangkan keahlian dalam dua perjanjian perdagangan utama iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB Meterai Perjanjian Semakan Struktur Pegangan Saham

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Penstrukturan semula yang ketara dalam pegangan saham Digital Nasional Bhd (DNB) disahkan melalui Surat Perubahan yang baru dimeterai perjanjiannya hari ini.

UDA Holdings Lantik Johari Shukri Jamil Sebagai Presiden/KPE Baharu 

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Bhd (UDA) mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai presiden/ketua pegawai eksekutif (KPE) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Mohd Salem Kailany.

Affendi Rashdi Dari BNM Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA Baharu

LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.

MDV Perkasakan Inovasi Teknologi Malaysia Menerusi Pembiayaan Lebih RM13 Bilion

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.

FMM Gesa Peluasan Skop SST Terus Ditangguh, Mahu Isu Utama Ditangani

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menggesa kerajaan untuk terus menangguhkan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melangkaui tarikh baharu pada 1 Jun, 2025, berikutan impaknya terhadap perniagaan serta pengguna.

JS-SEZ : Kerajaan Persekutuan, Johor Bincang Inisiatif Sandbox Tangani Kegusaran Pelabur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor telah membincangkan inisiatif-inisiatif sandbox dalam usaha menangani kebimbangan pelabur serta industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).