Terdapat 12086 berita berdasarkan kata kunci carian "o"

Ringgit Terus Meningkat Pada Pembukaan Susulan Harga Minyak Yang Stabil

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain pada pembukaan Khamis, disokong oleh harga minyak yang stabil susulan keputusan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) untuk mengeluarkan bekalan tambahan ke pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

Pelan Transformasi Ekonomi Johor Tumpu Kekuatan Setiap Daerah Untuk Pacu Ekonomi Johor

JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Limpahan pembangunan ekonomi di Johor akan terus dirasai secara menyeluruh di kesemua 10 daerah di negeri ini menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Konflik AS-Iran Dan Sekatan Tenaga : Apa Seterusnya Bagi Asia?

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kemelut terbaharu yang menyelubungi perdagangan global susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Kenaikan Harga Minyak Mentah Akan Hasilkan Kesan Bercampur-campur - Petronas

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata harga minyak mentah yang meningkat disebabkan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran dijangka menghasilkan beberapa kesan yang bercampur-campur untuk syarikat itu.

BNM Pastikan Pasaran Kewangan Kekal Teratur Hadapi Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan pasaran kewangan kekal teratur dan sistem kewangan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global melalui pemantauan pasaran yang berterusan, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

GLIC Pegang 45 Peratus Saham IJM Corporation Setakat 30 Januari - MOF

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara umumnya memegang kira-kira 45 peratus saham dalam IJM Corporation Bhd setakat 30 Jan, 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Kukuh Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, terutamanya berikutan harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Konflik Asia Barat: Jawatankuasa Khas Nilai Impak Ekonomi Mula Diaktifkan- Fahmi 

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi meneliti perkembangan serta impak ekonomi semasa susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran mula diaktifkan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Konflik Asia Barat : Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Berlangsung, Hasil Dibentang Jumaat Ini

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga dan Kesan Konflik Asia Barat hari ini.

CEO Malaysia Hadapi Ketidakpastian Global Dengan Rebut Peluang Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia menghadapi ketidakpastian persekitaran global dengan mengimbangi daya tahan dan penciptaan semula perniagaan, selain berusaha merebut peluang serantau, kata Rakan Kongsi Pengurusan PwC Malaysia, Soo Hoo Khoon Yen.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, apabila dolar Amerika Syarikat mengukuh dan harga minyak pulih, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir urus niaga Rabu.