1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semakin hampir untuk dimuktamadkan apabila penerimaan tawaran sah setakat ini telah mencapai 86.5 peratus, kata seorang penganalisis bank asing.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini kebanyakannya didorong oleh ucapan sulung Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47 semalam, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara dalam sektor penerbangan pada 2024, didorong oleh pertambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penerbangan yang disambung semula dan 24 destinasi baharu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, terutamanya didorong oleh penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) dan penyusutan berterusan hasil Perbendaharaan AS, susulan data inflasi yang lemah minggu lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) telah mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 20 Jan (Bernama) -- Projek rintis ‘Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX)’ melibatkan 95 PAX di seluruh negara akan bermula 24 hingga 28 Jan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Dagangan saham-saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).