9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Lawatan Presiden China Xi Jinping meningkatkan peranan Malaysia sebagai kuasa pertengahan, disepadukan dalam rantaian bekalan Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan peluang untuk menyesuaikan tindakan ketika ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing terus meningkat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dan China perlu segera mengiktiraf secara bersama piawaian dan pensijilan terutamanya dalam sektor makanan, kosmetik dan produk perubatan, bagi menyelaras proses eksport serta membuka peluang sepenuhnya potensi kerjasama Malaysia-China dalam kalangan perusahan kecil dan sederhana (PKS).
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan keuntungan di COMEX selepas komoditi itu diperkukuhkan oleh ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus berjumlah RM486.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) secara keseluruhannya masih tidak terkesan buat masa ini daripada potensi pendedahan kepada tarif Amerika Syarikat dan terus memantau kesan tidak langsungnya terhadap pelanggan dan permintaan pasaran eksport.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) meraih tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) melalui sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 400 mmscfd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Industri Takaful Malaysia secara kolektif mengagihkan bayaran manfaat berjumlah RM10.20 bilion kepada pemegang sijil pada 2024 yang juga peningkatan sebanyak 16.73 peratus daripada tahun sebelumnya, kata Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi melindungi kepentingan ekonomi berikutan ketegangan berkaitan tarif balas AS yang semakin meningkat menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping bermula esok.