Terdapat 1815 berita berdasarkan kata kunci carian " berkembang"

Minyak Sawit Malaysia Pertingkatkan Industri Minyak Makan Pakistan - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan, Didorong Optimisme

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu depan, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Hadapan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.

IPP Malaysia Dijangka Tumbuh 3.0-4.0 Peratus Pada 2025 - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif pada 2025, dianggarkan antara 3.0–4.0 peratus berikutan jangkaan pengembangan 3.4 peratus pada 2024.

Kerjasama Hidrogen Malaysia, Jepun Diharap Dapat Dimudah Cara Menjelang Mei 2025 - PM Anwar

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Projek kerjasama tenaga hidrogen bersih dan penyahkarbonan antara Sarawak Economic Development Corporation Energy (SEDCE), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Naik 3.6 Peratus Pada November 2024

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 3.6 peratus tahun ke tahun pada November 2024, didorong oleh pertumbuhan output berterusan dalam sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Projek Infrastruktur Utama Akan Pacu Permintaan Keluli Malaysia - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Permintaan Malaysia terhadap logam ferus serta produk bernilai tambahnya akan dipacu oleh pelaksanaan projek infrastruktur utama tempatan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Petronas Capai Keputusan Pelaburan Akhir Bagi Pembangunan Hidayah Indonesia

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC North Madura II Ltd, mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi pembangunan medan Hidayah, Indonesia.

Sime Darby Property Beli Gudang Logistik RM232 Juta Di Bandar Bukit Raja

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) telah membeli dua gudang logistik dua tingkat serba moden di Bandar Bukit Raja, Selangor, pada harga RM232 juta.

Affin Bank Jangka Pertumbuhan KDNK 5.2 Peratus Pada 2025

GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Kerajaan Ambil Pendekatan Global Dalam RMK13 - Rafizi

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Tous Les Jours, Stream Empire Akan Buka Lima Cawangan Di Malaysia Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Tous les Jours, jenama utama syarikat makanan terkemuka di Korea Selatan, CJ Foodville, merancang untuk membuka lima cawangan di Malaysia menjelang akhir tahun ini.