11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada minggu depan, dengan dinamik bekalan dan permintaan saling mengimbangi disebabkan hujan berterusan di negara pengeluar getah dan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, kata pakar industri Denis Low.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk harga minyak mentah penanda aras yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli ekoran cuaca lembap di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario kenaikan Indeks Dolar AS dan data ekonomi yang kukuh terus menyokong mata wang negara maju itu, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menonjolkan kemajuan ketara tahun lepas dengan permintaan menokok 11.3 peratus dalam kargo tan kilometer (CTK) berbanding 2023, selepas permintaan melepasi jumlah rekod yang ditetapkan pada 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
11bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang utama lain menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, bermula hari ini dan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
11bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah hari ini dipengaruhi oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh di tengah-tengah retorik tarif lebih ketara daripada Presiden AS, Donald Trump yang mengukuhkan kekuatan dolar dalam pasaran yang lebih luas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody’s terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 28-29 Januari ini.