BERITA TERKINI   Pemberian SARA RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Feb - PM Anwar | Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Jan ini - PM Anwar | Peruntukan naik taraf sekolah RM80 juta diberikan kepada SJKC, RM50 juta kepada SJKT - PM Anwar | Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan - PM Anwar | Sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam - PM Anwar | 

Terdapat 158 berita berdasarkan kata kunci carian " kepengerusian asean"

Cadangan Tubuh Asian Shariah Stock Exchange Perlu Penelitian, Persetujuan Negara Lain -MITI

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) – Cadangan penubuhan "Asian Shariah Stock Exchange" memerlukan penelitian dan persetujuan kesemua negara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pendirian Malaysia Dalam Isu Antarabangsa Tidak Jejas Hubungan Dagangan Dengan AS - Pm Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama -- Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Beri Keutamaan Kepada Perdagangan, Kesalinghubungan Pasaran Modal ASEAN Menjelang Kepengerusian ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memberi keutamaan kepada peningkatan memudah cara perdagangan dalam kalangan negara ASEAN dan mengukuhkan kesalinghubungan pasaran modal ASEAN, mengiktiraf kepentingan strategik pasaran modalnya susulan negara bersiap sedia untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Potensi Eksport Malaysia RM1.24 Bilion Ke Peru - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan potensi eksport RM1.24 bilion (US$0.3 bilion), khususnya dalam sektor berpotensi tinggi susulan inisiatif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

MATRADE Komited Sokong Pengembangan Perniagaan SPP Tempatan Ke Rantau Berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Pendekatan MITI Di APEC Pastikan Ekonomi Global Yang Berdaya Tahan - Tengku Zafrul

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Pendekatan strategik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.

Dasar Ekonomi MADANI Dapat Pacu Ekonomi Global - Anwar

KAHERAH, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dasar Ekonomi MADANI yang jelas di bawah pentadbirannya berupaya untuk terus memacu ekonomi Malaysia di peringkat ASEAN dan global.

Kepengerusian ASEAN 2025: Kerajaan Disaran Jadikan Ekonomi Hijau Antara Agenda Utama

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Seorang Ahli Dewan Rakyat mencadangkan agar kerajaan menjadikan ekonomi hijau sebagai antara agenda utama ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.

Industri Halal Malaysia Pacu Pertumbuhan Di Bawah Kepengerusian Asean, Belanjawan 2025

MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Boleh Majukan Inisiatif Karbon Di Rantau Ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

MATRADE-HDC: MITI Tubuh Jawatankuasa Pro Tem Selaras Sumber Dan Rangka Kerja Operasi

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membentuk Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi bagi menyokong penggabungan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Komited RM40.3 Bilion Bagi Tempoh Jan-Sept 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion manakala pelaburan direalisasikan mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lepas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.