5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan berterusan pada 2025 walaupun pada kadar yang lebih perlahan berikutan Indeks Pelopor (IP) kekal mendatar pada Mei 2025, kata MBSB Investment Bank Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran neutral terhadap sektor perladangan, dengan harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil pada separuh kedua 2025, dengan julat dagangan antara RM4,000 dan RM4,300 satu tan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu meneroka sumber hasil baharu dan mampan untuk mengurangkan pergantungan pada hasil tidak menentu selepas pengumuman khas mengenai langkah-langkah sokongan fiskal baharu pada 23 Julai, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
5bulan ago
SUBANG JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Dobot Malaysia Sdn Bhd menyasar meraih pendapatan sebanyak RM3 juta tahun ini susulan pengembangan operasinya di Malaysia.
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terus mempamerkan ekonominya yang berdaya tahan pada 2025, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan keadaan pasaran buruh yang kukuh walaupun berdepan tekanan daripada ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Sebanyak 25 projek pelaburan pusat data diluluskan insentif Pecutan Ekosistem Digital (Desac) sepanjang tempoh 2021 sehingga 31 Mac 2025 dengan pelaburan berjumlah RM144.4 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Firma penyelidikan menyemak semula unjuran inflasi utama Malaysia bagi 2025 dengan menurunkannya kepada 1.5 peratus hingga 1.8 peratus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM78.66 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 berbanding keuntungan bersih berjumlah RM67.12 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh harga minyak mentah yang mencatatkan aliran meningkat, kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis mengakhiri penurunan selama dua harinya seiring dengan kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini.