Terdapat 295 berita berdasarkan kata kunci carian " cuti"

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong keyakinan baharu terhadap perdagangan global, kata  penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat, Indeks Utama Cecah Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.

Bursa Malaysia Kekal Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Dalam Dagangan Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Susulan Kelemahan Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata susulan permintaan yang lemah, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Khamis Sempena Cuti Umum Hari Pekerja

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Khamis ini (1 Mei) sempena cuti umum menyambut Hari Pekerja.

Jualan Sektor Automotif Naik 12 Peratus Kepada 72,704 Unit Pada Mac 2025 - MAA

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat sebanyak 12 peratus bulan ke bulan pada Mac 2025 kepada 72,704 berbanding 65,061 unit pada bulan sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Perbalahan Trump-Fed, Tekanan Dagangan

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring prestasi hambar  semalaman Wall Street ketika pertikaman lidah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mencetuskan kebimbangan pelabur di tengah-tengah perang dagangan yang meruncing.