6bulan ago
GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) hari ini melancarkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) atau Program Sukuk pertamanya bernilai RM5 bilion bagi menyokong pembangunan infrastruktur air kritikal dan keselamatan air jangka panjang di Pulau Pinang.
6bulan ago
TAWAU, 6 Julai (Bernama) -- Skim perlindungan takaful nasional, mySalam, yang diuruskan Great Eastern Takaful Berhad, mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya melaksanakan siaran langsung literasi kewangan terpanjang selama 24 jam tanpa henti menerusi Tik Tok LIVE.
6bulan ago
KOTA KINABALU, 6 Julai (Bernama) -- Agrobank memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui program Agro Pintar Niaga (AgroPintar) yang baru dilancarkannya beserta tambahan RM5 juta geran padanan i-TEKAD untuk memudahkan akses pembiayaan kepada usahawan mikro.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Usaha konsolidasi fiskal Malaysia mula menunjukkan hasil dengan langkah-langkah mengecilkan defisit fiskal selain mengurangkan hutang kerajaan mendapat momentumnya walaupun berdepan kritikan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Yinson Production, berjaya menerbitkan bon projek bernilai US$1.168 bilion (US$1 = RM4.20) untuk pembiayaan semula kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) Maria Quitéria.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$119.59 bilion (US$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan minggu lepas, dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan jangkaan pengurangan cukai dan perbelanjaan yang sedang dipertimbangkan di Senat Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia mempunyai penampan yang memadai bagi mengharungi cabaran ketidaktentuan, termasuk aliran keluar modal susulan kenaikan kadar faedah global, kata Profesor Praktis Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia merekodkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Cuckoo International (Mal) Bhd akan melabur sebanyak RM5 juta untuk membuka 10 ‘kedai jenama’ di Malaysia dalam tempoh dua tahun yang berperanan sebagai kedai fizikal ‘tunai dan bawa’.