4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Visi Grid Tenaga ASEAN (APG) memerlukan pelaburan dianggarkan sebanyak US$764 bilion (US$1 = RM4.49) untuk infrastruktur penjanaan dan penghantaran tenaga, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN, yang kekal komited menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia adanya bagi memastikan ia kekal relevan dan berkesan akan menyaksikan FTA ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dinaik taraf pada 21, April 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, April 9 (Bernama) -- Perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan, yang menyaksikan tarif ke atas barangan China meningkat lebih 104 peratus akan membawa impak berpanjangan ke atas pasaran global, termasuk Malaysia dan negara-negara ASEAN.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Para menteri kewangan ASEAN hari ini mula sibuk dengan usaha untuk mewujudkan prasyarat dan inisiatif yang diperlukan bagi memperkukuh integrasi kewangan lebih-lebih lagi susulan tarif yang menjejaskan semua negara anggota.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Menyifatkan langkah tarif Amerika Syarikat (AS) sebagai “krisis Trump”, Tan Sri Nazir Razak berkata ini adalah peluang bagi ASEAN untuk menunjukkan dan mengukuhkan lagi perpaduan dan daya tahan serta bersama-sama meningkatkan integrasi ekonomi blok tersebut.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menyasarkan seramai 10,000 pengguna didaftarkan bagi platform dagangan saham pecahan yang baharu dilancarkan di Bursa Malaysia iaitu UP.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
Oleh Siti Baaqiah Mamat
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Dalam usaha memperkukuh kerjasama ASEAN, Malaysia komited untuk membangunkan kawasan sempadannya seperti utara Semenanjung dengan Thailand serta sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi bagi manfaat rakyat di kedua-dua belah sempadan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Tune Protect Malaysia menerusi kerjasama platform tiket utama Malaysia, Ticket2U Sdn Bhd memperkenalkan Ticket Refund Insurance bagi mewujudkan piawaian baharu dalam perlindungan acara dengan menyediakan keselamatan kewangan lebih baik kepada pembeli tiket.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kekuatan ASEAN bukan terletak pada situasi yang menarik perhatian ramai tetapi pada daya tahannya yang telah terbukti dalam mendepani peperangan, krisis dan rampasan kuasa selama hampir enam dekad sejak penubuhannya pada 1967.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran trajektori kecerdasan buatan (AI) sedang berkembang sepantas kilat dan jika kemajuan digital yang tidak seimbang ini dibiarkan tanpa kawalan, ia berisiko memperdalam jurang yang sedia ada dan meningkatkan ketidaksamaan.