BERITA TERKINI   Amaran hujan berterusan tahap waspada libatkan beberapa kawasan di Sarawak berkuat kuasa sehingga Sabtu ini - MetMalaysia | 

Terdapat 206 berita berdasarkan kata kunci carian "mof"

PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum menyediakan laporan penuh.

Harga Diesel Di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan Labuan Kekal

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03 manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, bermula esok hingga 9 April.

Pendaftaran Media Untuk Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pendaftaran Media untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) serta mesyuarat berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kini dibuka sekarang.

SC Dijangka Serah Syor Semakan Fi Kepada MoF Menjelang Akhir Mac

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka mengemukakan cadangan bagi menyemak semula levi fi daripada perantara, kepada Kementerian Kewangan (MoF) menjelang akhir Mac ini.

Suntikan RM1.1 Bilion Bukan Dana Hangus Tetapi Pinjaman Yang Perlu DiBayar Semula - PM Anwar

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) bukanlah ‘dana hangus’ tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.

AKPK Beri Manfaat Kepada 1.4 Juta Individu Sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) sehingga Disember 2024.

Perbezaan Caj Hospital Swasta Jadikan Insurans Perubatan Tidak Mampan - NAMLIFA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (NAMLIFA), menggesa kerajaan untuk menangani isu perbezaan harga ketara antara pesakit yang mempunyai polisi insurans dengan mereka yang membayar secara tunai di hospital swasta.

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Cukai Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu Hanya Dikenakan Jika Disediakan Di Luar Premis Yang Diluluskan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

KWSP Jadikan Alokasi Aset Strategik Sebagai Asas Pelaburan Masa Depan - KPE

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Pelaburan masa depan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berpandukan peruntukan atau Alokasi Aset Strategik (SAA) yang melibatkan kitaran pelaburan tiga tahun dan diteliti semula setiap tiga tahun.

Pelaburan Domestik GLIC Perkukuh Ekonomi, Berdaya Tahan Terhadap Kesan Luar

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Usaha pelaburan domestik strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kian penting selain berperanan memperkukuh ekonomi negara serta menjadi daya tahan terhadap kesan luar.

Hutang Isi Rumah RM1.63 Trilion, Aset Kewangan RM3.4 Trilion Setakat Akhir Disember 2024

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).