1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hampir RM5,200 satu tan bagi kontrak penanda aras Januari 2025, mencecah paras tertinggi sejak Jun 2022, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Mesir mempunyai peluang untuk saling membantu mengakses pasaran masing-masing dengan Malaysia sebagai gerbang ke ekonomi ASEAN yang dinamik dan Mesir sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika.
1tahun ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 11 Nov (Bernama) -- Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) hari ini dengan rangkaian pengurusan nilai pemuliharaan tinggi (HCVN) untuk meningkatkan usaha dalam melindungi hutan HCV dan stok karbon tinggi (HCS) yang penting kepada pengeluaran minyak sawit mampan.
1tahun ago
BANGKOK, 11 Nov (Bernama) -- Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) menggesa kerjasama yang lebih meluas bagi meningkatkan inovasi dan memacu perubahan sistemik yang transformatif dalam sektor minyak sawit.
1tahun ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki Wall Street yang ditutup kukuh dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencecah paras tertinggi pada 44,000 Jumaat lepas berikutan saham kekal berada dalam kedudukan positif, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun apabila meningkat melebihi RM5,000 setan metrik, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin
SUNGKAI, 8 Nov (Bernama) -- FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
1tahun ago
Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin
SUNGKAI, 8 Nov (Bernama) -- FGV Holdings Bhd akan memanfaatkan asas pelanggan sedia adanya dalam usaha mengeksport produk minyak isirung sawit mentah (CPKO) ke Eropah pada akhir tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia tumbuh sederhana kepada 2.3 peratus tahun ke tahun pada September 2024 daripada pertumbuhan 4.1 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2024, dipengaruhi pengeluaran lebih lemah dalam sektor pembuatan dan elektrik.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan bagi September 2024 mencatatkan RM162.3 bilion, meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).