Terdapat 2281 berita berdasarkan kata kunci carian " as "

Permintaan Untuk Pengasuh Meningkat, Tekankan Keperluan Pembiayaan Penjagaan Mampan - WEF

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Permintaan yang semakin meningkat untuk pengasuh/penjaga dan perkhidmatan penjagaan jangka panjang menekankan keperluan untuk pembiayaan penjagaan mampan dan sokongan ekonomi yang lebih baik untuk penjagaan, kata Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.42-4.43 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka terus berada dalam jajaran kecil dengan trajektori yang sama iaitu antara RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Isnin, 31 Mac.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan bergerak dalam julat yang terhad sepanjang minggu dagangan singkat minggu depan berikutan cuti umum, mencerminkan prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat, berlegar sekitar julat 1,505-1,515.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, menjelang data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) untuk Februari, yang dijangka dikeluarkan hari ini. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang agenda tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Dasar AS Jejaskan Dolar

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Ringgit terus meningkat  berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, susulan peralihan dasar ekonomi AS yang cepat di bawah pentadbiran Donald Trump mewujudkan ketidaktentuan dalam komuniti perniagaan, yang berpotensi melemahkan permintaan.

Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Susulan Harga Minyak Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Khamis berikutan prestasi bercampur-campur di pasaran getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun dalam persekitaran dolar AS yang kukuh.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Mengenai Tarif

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan peniaga dan pelabur bimbang mengenai tarif yang akan dikenakan oleh kerajaan AS pada 2 April ini.