BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani raih gelaran Masters Indonesia 2026 | 

Terdapat 2002 berita berdasarkan kata kunci carian " pegawai"

ECERDC Peroleh RM13.4 Bilion Dalam Pelaburan Direalisasikan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.

Perodua, UTM Jalin Kerjasama Bangun Kenderaan Elektrik Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama membangunkan kenderaan elektrik (xEV) generasi baharu. 

AHAM Capital Umum Agihan Pendapatan RM1.11 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.  

Bank Islam Perkenal Kad Kredit Baharu Untuk Pelanggan Mewah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kini memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaat kompetitif. 

Bank Islam Sasar 800 Langganan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth Tahun Ini

KUALA LUMPUR, Jan 17 (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan 800 langganan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth yang baru dilancarkannya menjelang akhir tahun ini.

Penggabungan CAAM-MAVCOM Dijangka Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud.

UEM Lestra Peroleh Pembeli Tenaga Untuk Loji Tenaga Solar Hibrid 1GW Di Bawah CRESS

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UEM Lestra Bhd memperoleh pembeli tenaga untuk projek loji tenaga solar hibrid satu gigawatt (1GW) di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) melalui Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

Affin Hwang Lancar Waran Berstruktur Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur niaga hadapan minyak sawit mentah pertama Malaysia di Bursa Malaysia.

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Beberapa Syarikat Terkemuka Di UK

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliau ke United Kingdom (UK).