Terdapat 431 berita berdasarkan kata kunci carian " integrasi"

ASEAN Perlu Pelbagaikan Pasaran Berikutan Kelembapan Ekonomi China - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kebergantungan ketara ASEAN terhadap eksport, terutamanya di Malaysia dan Singapura, menimbulkan cabaran apabila kelembapan ekonomi China mula menjejaskan prospek pertumbuhan serantau, kata seorang ahli ekonomi.

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Berkembang 9.6 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.

RMK13 Fokus Lonjakan Industri Teknologi Tinggi, Pertumbuhan Ekonomi Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi dokumen penting yang merangka strategi pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang dengan tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam arus global yang kian mencabar.

Scanfil Labur RM15.8 Juta Untuk Kembang, Majukan Fasiliti Pembuatan Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Scanfil, syarikat pembuatan elektronik tersenarai terbesar di Eropah, telah melabur RM15.8 juta untuk mengembangkan serta memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru, Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Sektor Minyak & Gas, Tenaga Kekal Penting Walaupun Peralihan Tenaga Hijau Semakin Pesat

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) serta tenaga masih terus berperanan penting walaupun peralihan hijau menjadi semakin pesat di seluruh dunia, kata Pengerusi Informa Markets Malaysia Sdn Bhd Tan Sri Rahman Abdul Mamat.

MPRC Gesa Pemain OGSE Manfaatkan Kepakaran Sebagai Kelebihan Pada Masa Depan

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) menggesa pemain-pemain perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara untuk menjadikan kepakaran yang telah terbukti sebagai kelebihan pada masa hadapan.

Petronas Iktiraf Kepentingan Industri OGSE, Komited Perkukuh Ekosistem

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf kepentingan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kukuh dan komited untuk memperkukuh ekosistem melalui peningkatan perkongsian.

Asia Akan Kekal Terajui Pembuatan Cip Lima Tahun Akan Datang - Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Asia akan mengekalkan kepimpinannya dalam pembuatan cip untuk tempoh lima tahun akan datang, disokong oleh kelebihan kos, ekosistem yang mantap dan kepakaran teknikal yang mendalam, kata Moody’s Ratings hari ini.

Malaysia, Brunei Komited Lonjak Kerjasama Tenaga, Hubungan Perdagangan

PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Brunei komited untuk memajukan kerjasama dalam bidang tenaga, kesalinghubungan, pertanian, pelancongan dan industri halal, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu.

Objektif Jelas Penting bagi Kemajuan Ekonomi Serantau - IDEAS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Negara-negara Asia boleh terus memajukan kepentingan ekonomi serantau dan memperkukuh daya tahan kolektif masing-masing dengan mengekalkan kejelasan mengenai matlamat mereka serta tidak mudah terpengaruh dengan ketidaktentuan luaran.

CelcomDigi Labur RM4.6 Bilion CAPEX Pada Separuh Pertama 2025 - CEO

PETALING JAYA, 26 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melabur sejumlah RM4.6 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) setakat separuh pertama tahun ini, daripada komitmen pelaburan keseluruhan RM10 bilion bagi tempoh lima tahun pertama selepas penggabungan syarikat, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Idham Nawawi.

Integrasi Kewangan Rentas Sempadan Tingkatkan Risiko Kesan Limpahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan hari ini beroperasi merentasi sempadan dan sistem perundangan, mendorong risiko dan impaknya meluas dengan cepat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.