BERITA TERKINI   Sekatan sementara terhadap Grok hanya akan ditarik semula jika isu kandungan mudarat diselesaikan sepenuhnya - Fahmi | Sekurang-kurangnya tiga rentung dalam kebakaran sebuah kilang pemprosesan minyak di Olak Lempit, Banting - Bomba | 

Terdapat 262 berita berdasarkan kata kunci carian " januari 2025"

TNB Komited Pastikan Bekalan Elektrik Terjamin Dan Berterusan Menerusi Pelaksanaan RP4

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap permintaan lemah yang mungkin meningkatkan keseluruhan paras stok negara.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Kerajaan Mulakan Kajian Semula Anti Lambakan Ke Atas Import Besi Atau Keluli Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk, dengan kelebaran melebihi 1300mm, berasal atau dieksport dari China, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengatasi penyusutan awal pada Selasa apabila ditutup bercampur-campur susulan sesi dagangan yang tidak menentu.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas ditutup rendah pada Selasa susulan kekurangan minat dalam pasaran menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kenaikan semula harga minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian dan niaga hadapan minyak biji sesawi Bursa Komoditi Zhengzhou, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan minat belian baharu.

Pertumbuhan Tenaga Solar Perkasa Masa Depan Tenaga Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Sektor tenaga Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara tahun ini, dipacu oleh insentif yang memangkin pemain industri untuk terlibat dalam usaha sama tenaga hijau baharu terutamanya sistem solar.

Kepengerusian ASEAN 2025 Menandakan Detik Penting Untuk Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Dalam tempoh kurang daripada dua minggu, Malaysia akan menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi ASEAN pada Januari 2025, menandakan detik penting untuk negara.

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.