Terdapat 150 berita berdasarkan kata kunci carian " jawapan bertulis"

Lebih 10 Syarikat Bincang Potensi Pelaburan Di SVTP - Miti

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Lebih 10 syarikat telah melawat dan mengadakan perbincangan berkenaan potensi pelaburan di Silver Valley Technology Park (SVTP) bagi 2023 sehingga suku ketiga 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pelaburan RM85.7 Bilion Diperlukan Bagi Capai Sasaran DSTIN 2021-2030 - MOSTI

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM85.7 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperlukan bagi memastikan sasaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dapat dicapai.

ASEAN Giat Kerjasama Promosi Sektor Halal -MITI

KUALA LUMPUR, 17 (Bernama) -- Beberapa usaha melibatkan kerjasama antara negara ASEAN sedang dilaksanakan bagi tujuan mempromosi produk serta perkhidmatan berkaitan halal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kerajaan Pelbagaikan Portfolio Ekonomi Domestik Kurangkan Defisit Pampasan Pekerja

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan bertindak mengambil langkah mempelbagaikan portfolio ekonomi domestik untuk mengurangkan defisit dalam akaun pampasan pekerja di bawah Akaun Pendapatan Primer Imbangan Pembayaran, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pertumbuhan Hutang Kerajaan Persekutuan Dijangka Turun Kepada 7.5 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Trend pertumbuhan hutang kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurang kepada sekitar 7.5 peratus mengakhiri 2024 berbanding 8.6 peratus pada 2023 dan 10.2 peratus pada 2022, kata Kementerian Kewangan.

Malaysia Akan Terus Nilai Perkembangan BRICS, Pastikan Penglibatan Beri Faedah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.