1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Malaysia ialah peneraju ASEAN yang berjaya mengembangkan akses kepada perumahan mampu milik, walaupun ia mempunyai sumber yang terhad bagi segmen tersebut, kata Juwai IQI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kurangnya pelaburan serta berlaku peningkatan kos modal untuk pembangunan gas akan membahayakan keterjaminan tenaga selain melemahkan keupayaan industri untuk menyediakan tenaga mampu milik, boleh dipercayai dan lestari kepada orang ramai, kata Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) Li Yalan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Peruncit perabot dan barangan rumah tempatan, SSF Home Group Bhd (SSF) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Rumah Ibu Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam Skim Rumah Ibu, sebuah inisiatif pemilikan rumah mampu milik di Perak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.
1tahun ago
Oleh Mohd Noor Iqram Rosli
KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Jenama makanan laut sejuk beku Subi yang bertapak sejak 1998, kini menampilkan penjenamaan semula bagi tujuh produknya yang seiring keinginan pengguna moden yang sentiasa berubah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini sebanyak lima peratus kepada 790,000 unit, meningkat daripada unjuran sebelumnya iaitu 750,000 unit.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
MELAKA, 24 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd mengambil langkah penting ke hadapan dalam mobiliti lestari dengan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di Malaysia, "e.MAS 7" melalui pandu uji media pertamanya.
1tahun ago
Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia pada 2025 bakal menyaksikan peningkatan permintaan ke atas projek pembangunan berorientasikan transit (ToD) dan hartanah mampu milik, kata Titijaya Land Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) berkemungkinan mengekalkan pendiriannya untuk tidak membiayai projek pembangunan penjanaan tenaga nuklear sambil mengkaji semula dasar tenaganya tahun ini, walaupun sumber tenaga alternatif itu semakin popular.