BERITA TERKINI   Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | 

Seiring Penjenamaan Semula, Subi Tawar Tujuh Produk Makanan Laut Sejuk Beku

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Jenama makanan laut sejuk beku Subi yang bertapak sejak 1998, kini menampilkan penjenamaan semula bagi tujuh produknya yang seiring keinginan pengguna moden yang sentiasa berubah.

Produk sejuk beku dijenamakan semula itu adalah Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura, Stik Filet Ikan Bersalut Tepung Tempura, Jejari Ikan Pollock Bersalut Serbuk Roti, Filet Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura, Nuget Ikan dan Jagung Bersalut Serbuk Roti, Gegelang Asas Sotong Bersalut Tepung dan Jejari Ikan Pollock Pedas Korea Bersalut Serbuk Roti.

Ketua Pegawai Komersial Golden Fresh, Daniel Koay berkata produk Subi telah lama disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang turut mencerminkan pematuhan terhadap standard kualiti dan etika pemprosesan makanan laut.

Beliau berkata langkah itu tidak hanya menjadi lambang komitmen pihaknya menyediakan produk enak, berkhasiat dan mudah disediakan, malah boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pada harga berpatutan.

“Kami percaya bahawa produk ini dapat menyokong gaya hidup moden sambil mengekalkan rasa asli dan manfaat makanan laut,” katanya kepada Bernama di Tunjong di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd, Salim Mydin dan Pengurus Besar Pacific West Foods (M) Sdn Bhd, Joseph Lim.

Golden Fresh merupakan kemudahan pengeluaran di Malaysia bagi produk Subi dan Pacific West.

Sementara itu, Lim berkata pihaknya memilih Mydin sebagai platform utama pemasaran produk Subi berikutan faktor pasar raya berkenaan yang lebih memahami keperluan serta cita rasa rakyat Malaysia.

Langkah itu juga, katanya, selari dengan misi Subi untuk memastikan setiap keluarga dapat menikmati makanan laut berkenaan pada harga mampu milik RM14.99 sepaket.

Dalam pada itu, Salim pula menyifatkan pemilihan Subi sebagai rakan strategik adalah berdasarkan kualiti produk berasaskan makanan laut sejuk beku yang sesuai untuk pasaran Mydin di seluruh negara.

-- BERNAMA