6bulan ago
IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Pandangan pelbagai pihak tetap diambil kira jika terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa, dalam semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) --Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 ke kedudukan ke-23, yang merupakan pencapaian terbaik negara sejak 2020, sekali gus mencerminkan momentum progresif dalam agenda pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air berjaya memperbaharui pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sah sehingga 3 Jun, 2027.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad hari ini melancarkan AiNNOVATION 2025, yang merupakan pameran selama empat hari di pusat beli-belah 1 Utama, memfokuskan kepada inovasi penjagaan kesihatan dan keterlibatan kesejahteraan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd (HFC) China akan menjadi pengedar eksklusif pengecas kenderaan elektrik (EV) Lotus di seluruh rantau ASEAN.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa individu yang banyak membantu beliau dalam mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Energy Asia 2025 dijangka menarik lebih 4,000 delegasi antarabangsa apabila ia kembali untuk edisi keduanya dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT), sebuah amanah pelaburan hartanah tempatan merancang untuk mengambil alih tiga hotel dan pusat komersial dalam tempoh tiga tahun akan datang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Penyedia solusi bagi industri automotif dan kejuruteraan, UNIPAC Engineering (M) Sdn Bhd menyasar menjadi pemain utama dalam sektor pengujian automotif tempatan dan di Asia Tenggara melalui pendekatan kejuruteraan menyeluruh serta pelaburan berterusan dalam teknologi pintar.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- ASEAN menyatakan sokongan penuh kepada semua usaha untuk memperkukuh pasaran terbuka dan mendukung sistem perdagangan multilateral berdasarkan peraturan sebagai asas untuk pertumbuhan global yang mampan dan inklusif.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia semakin diiktiraf sebagai benefisiari utama dalam transformasi hartanah global selepas banyak syarikat multinasional berusaha menyelaraskan portfolio hartanah mereka dengan daya tahan operasi, kemampanan dan ruang kerja yang disediakan untuk masa hadapan.