10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memperkukuh serta menambah baik saluran dan mekanisme sedia ada bagi mempermudah urusan perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Capital A Bhd akan mengeluarkan sasaran dalaman bersama -sama dengan keputusan kewangan suku tahunannya agar pemegang saham dan komuniti pelaburan mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai prospek kewangan syarikat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatan berdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kadar inflasi akan meningkat secara sederhana pada 2025 dalam julat dua peratus hingga 3.5 peratus, menurut Kementerian Kewangn (MoF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan memberi pengecualian daripada pengeluaran e-Invois kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah nilai ambang RM150,000 yang akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada harga RM11 sesaham adalah bagi memastikan MAHB di landasan tepat untuk disenaraikan semula dengan harga lebih tinggi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Nilai keseluruhan pelaburan asing (FI) yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi merangkumi sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah berjumlah RM254.7 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pembukaan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) menandakan satu pencapaian penting dalam mempermudah proses pelaburan untuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip AI, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
10bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Sime Darby Auto ConneXion (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia, secara rasmi telah membuka bilik pameran 3S terbaharu serta terbesar (perkhidmatan dan alat ganti) di Jalan Baru, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.