Terdapat 165 berita berdasarkan kata kunci carian " tamat"

Subsidiari Uzma Dapat Sambungan Kontrak Petronas Carigali RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Subsidiari Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd (SVP), telah menerima sambungan kontrak bernilai RM100 juta bagi penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Metronic Global Dapat Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau RM31 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Metronic Global Bhd, melalui MAT JV Sdn Bhd, berjaya memperoleh projek skim bekalan air bernilai RM31 juta di Selangor.

GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, kata peniaga.

Dialog Dapat Kelulusan Pelaburan US$235 Juta Untuk PSC Kluster Baram Junior

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan pelan pembangunan dan pengabaian medan (FDAP) untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) telah mencapai keputusan pelaburan akhir bernilai US$235 juta (US$1=RM4.50).

Wan Mohd Fadzmi Tamat Tempoh Perkhidmatan Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) hari ini mengumumkan Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Labuan FSA pada 31 Dis, 2024.

MFPC Gesa Pemegang Polisi Kekalkan Perlindungan Dalam Keadaan Pelarasan Premium MHIT

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Cari Alternatif Sebelum Tamatkan Insurans Perubatan, Pelan Takaful - PPKM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemegang polisi insurans perubatan atau takaful digesa mempertimbangkan alternatif seperti membuat penyesuaian terhadap polisi atau menyemak semula perlindungan sedia ada sebelum menamatkan polisi.

MNRB Lantik Rudy Rodzila Sebagai Presiden Sementara Dan CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Datuk Rudy Rodzila Che Lamin sebagai Presiden Sementara dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 23 Nov, 2024.

Prestige: Merapatkan Pengetahuan Akademik Dan Industri Tenaga

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) akan mengadakan program tahunan Kemampanan Tenaga & Peralihan dan Wawasan kepada Jurutera Siswazah (PRESTIGE) 2024 bertujuan untuk merapatkan pengetahuan akademik dengan industri tenaga.

Kementerian Ekonomi Komited Pastikan Fasa Satu KRC Diduduki Pihak Industri Dalam Setahun

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kementerian Ekonomi komited untuk memastikan keseluruhan kawasan fasa satu Kedah Rubber City (KRC) diduduki pihak industri dalam tempoh setahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Siemens Energy Group Teroka Teknologi Hidrogen Di Loji Jana Kuasa TNB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Siemens Energy Pte Ltd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini sedang meneroka integrasi tenaga hidrogen dengan loji jana kuasa berskala besar milik TNB. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki Wall Street yang ditutup kukuh dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencecah paras tertinggi pada 44,000 Jumaat lepas berikutan saham kekal berada dalam kedudukan positif, kata penganalisis.