5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jumlah kawasan penanaman sawit dijangka berkeluasan 5.64 juta hektar tahun ini, meningkat sedikit daripada 5.61 juta hektar pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kebergantungan ketara ASEAN terhadap eksport, terutamanya di Malaysia dan Singapura, menimbulkan cabaran apabila kelembapan ekonomi China mula menjejaskan prospek pertumbuhan serantau, kata seorang ahli ekonomi.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi platform penting dalam usaha mempercepat peralihan Malaysia ke arah masa depan berdaya tahan iklim dan dipacu inovasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju global bagi pengeluaran minyak sawit mampan, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh berbaki untuk 2025 dengan andaian ekonomi tumbuh dalam julat rasmi 4.0-4.8 peratus selain inflasi kekal terkawal.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Dalam merangka Belanjawan 2026 kerajaan turut meneliti mekanisme sokongan untuk memperkukuh reformasi perumahan, dengan tumpuan khusus kepada inisiatif memperluas akses kepada perumahan mampu milik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan peniaga menantikan data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Scanfil, syarikat pembuatan elektronik tersenarai terbesar di Eropah, telah melabur RM15.8 juta untuk mengembangkan serta memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru, Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian yang terus ketara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data pasaran tenaga kerja negara maju itu minggu ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada 4.3 peratus bagi 2025, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain kestabilan pasaran tenaga kerja walaupun indeks pelopor (IP) susut pada Jun, kata MBSB Research.