6bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini dengan mengambil beberapa langkah strategik bagi terus memacu transformasi digital dan pertumbuhan keusahawanan di Selangor.
6bulan ago
Oleh Ahmad Idzwan Arzmi
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ketika perniagaan bakeri dalam talian yang diusahakan merosot semasa pandemik COVID-19, sepasang suami isteri menukar haluan dengan memilih perniagaan ayam goreng apabila mendapati wujudnya gelombang minat orang ramai terhadap sajian itu terutama keluaran tempatan.
6bulan ago
KOTA KINABALU, 6 Julai (Bernama) -- Agrobank memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui program Agro Pintar Niaga (AgroPintar) yang baru dilancarkannya beserta tambahan RM5 juta geran padanan i-TEKAD untuk memudahkan akses pembiayaan kepada usahawan mikro.
6bulan ago
TAWAU, 5 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan kewangan Islam sebagai pemacu sosioekonomi rakyat melalui peranannya sebagai peneraju kewangan sosial, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin.
6bulan ago
TUARAN, 5 Julai (Bernama) -- Industri kerang di Sabah berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM34.4 juta setahun berdasarkan anggaran pendaratan 3,240 metrik tan kerang setahun dan pulangan pelaburan kira-kira tujuh kali ganda, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- MYStartup Accelerator, inisiatif yang diterajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah memudahkan pelaburan sebanyak hampir RM5.5 juta bagi kohort kelima, sekali gus menekankan peranannya dalam mengukuhkan ekosistem syarikat pemula Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara sebagai hab inovasi serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital sedang berusaha untuk menyatukan dan meningkatkan inisiatif merentas negeri dan agensi bagi memacu ekonomi digital di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.
6bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 2 Julai (Bernama) – Produk utama Neurogine Sdn Bhd iaitu Neurogine n2Tap diguna pakai oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) sebagai sebahagian daripada inisiatif i‑MerchantRAKYAT bank tersebut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General) telah bekerjasama dengan International Fashion Chamber Malaysia Bhd (International Fashion Chamber) untuk menawarkan Pakej Insurans Allianz Business Shield kepada perniagaan fesyen.
6bulan ago
GEORGE TOWN, 1 Julai (Bernama) -- Pelancaran Silicon Research and Incubation Space,sebuah kemudahan berinovasi tinggi di bawah inisiatif Penang Silicon Design @5km+ (PSD@5km+) dijangka dapat memacu misi Pulau Pinang untuk menerajui landskap reka bentuk litar bersepadu (IC) negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan komitmen RM200 juta selama lima tahun sehingga 2030 di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti” (KBJK) dalam usaha memajukan pelanggan dan masyarakat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) secara aktif sedang mewujudkan lebih banyak ruang bagi usahawan muda untuk berkembang maju, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, kata Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.