3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
3bulan ago
KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Mikro Agrobank di Sook, Keningau, terletak lebih 300 kilometer dari sini, akan memberi manfaat kepada kira-kira 31,000 penduduk di kawasan itu yang majoritinya menjalankan aktiviti pertanian.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri minyak sawit memohon kerajaan memberi lebih banyak insentif bersasar dan sokongan dasar diberikan dalam Belanjawan 2026 untuk meningkatkan daya saing eksport, mempertingkat hasil dan produktiviti, serta memperkukuh kemampanan, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026–2030 (NS2.0) dirangka dengan visi yang lebih luas berteraskan tiga keutamaan yang saling melengkapi iaitu keterangkuman, pendigitalan dan pemantauan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan perumahan, kata Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia Kenneth Soh.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- BMS Holdings Bhd (BMS Holdings) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE pada suku keempat 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan (MEIF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan ekosistem jentera dan kejuruteraan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) ‒ Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini, didorong kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan negara maju itu yang hanya melemahkan lagi mata wangnya.
3bulan ago
BUKIT KAYU HITAM, 29 Sept (Bernama) - Northern Gateway (NGX) dengan kerjasama Kumpulan Syarikat NCT (Kumpulan NCT) akan membangunkan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar Terurus (MIP) NCT InnoSphere, di sini, yang bakal menjadi pemacu baharu pembangunan di kawasan ini.
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Switzerland yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, sedang memperhebat usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan ASEAN yang mana rantau itu menyasarkan untuk menjadi blok ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada yang masih berterusan bakal dimuktamadkan menjelang tahun depan.